| MTV Karaoke Kamis kini di pasaran |
|
|
|
Jika November lalu ruangan hiburan ini pernah memaparkan tentang perjalanan proses penggambaran album Kamis, kali ini peminat lagu-lagu dalam album Kamis khususnya dari daerah pantai timur Sabah kini sudah dapat menyanyikan lagu-lagu dari album beliau yang sudah pun mula berada di pasaran minggu ini. MTV Karaoke Kamis yang memaparkan pemandangan menarik sekitar pantai timur Sabah merupakan hasil arahan sdr. Jamil Aziz dari Sumber Karya Seni Tawau. Selain memaparkan lokasi menarik di sekitar Tawau dan Semporna, klip MTV karaoke ini juga menampilkan beberapa model yang bergiat di sana antaranya Marlin Malalin, Noor Rohayu Halun, Acai dan Jazz My. MTV ini juga turut menampilkan kumpulan Gemalai Tari (Tawau) dan Sambulayang (Semporna) sebagai penari latar. Preview bersama pihak pengurusan Skyline di pejabat mereka baru-baru ni jelas menyaksikan kombinasi yang mantap antara pengarahan sdr. Jamil Aziz dan garapan videografi oleh sdr Sultan Ruddin melalui MTV Karaoke Kamis. Mengulas mengenai lagu-lagu dalam album Kamis, pihak pengurusan Skyline yang diwakili oleh Sdr Thailon memberitahu bekas Juara BB Idol anjuran bersama skyline, sumber karya seni, ampal production, den bisa production serta EMP ini mempertaruhkan Lolay Liyangkit sebagai lagu Hit sambil meramalkan lagu Minggah Lasah Nu mungkin akan menjadi lagu pilihan dalam vcd karaoke ini kelak. “ walau pun lagu lolay liyangkit hit berbanding lagu lain dalam album tetapi jangan terkejut jika lagu Minggah Lasah Nu akan menjadi pilihan jika ada pertandingan karaoke dijalankan sekitar pantai timur Sabah kelak “ Jelas Thailon.
Comments (2)
Joomla components by Compojoom
|



Jika November lalu ruangan hiburan ini pernah memaparkan tentang perjalanan proses penggambaran album Kamis, kali ini peminat lagu-lagu dalam album Kamis khususnya dari daerah pantai timur Sabah kini sudah dapat menyanyikan lagu-lagu dari album beliau yang sudah pun mula berada di pasaran minggu ini.
wholesale handbags
wholesale clothing
wholesale shoes
ghd straighteners
louis vuitton bagswansantg3lj