| Den dipilih bawa lagu tema drama bersiri |
|
|
|
|
Lagu tema 'Madai Menanti' , proses merakam semula lagu tema drama bersiri Madai Menanti telah bermula sejak 16 hingga 19 November lalu yang bertempat di studio rakaman Jazz Productions... Penyanyi yang dipertanggungjawapkan untuk menyampaikan lagu ini adalah Den Bisa, manakala pencipta lagu dan liriknya adalah komposer Jamil Aziz dan muziknya disusun oleh Jasnie M.Y. Pengarah drama bersiri tersebut, Malek Rahman turut hadir di sesi rakaman untuk meneliti segalanya berjalan dengan lancar mengikut senario episod bersiri tersebut seperti yang beliau ingin corakkan.
Malik Rahman berkata :"Saya memilih lagu itu kerana melodinya menarik, dan vokal Den Bisa yang gemersik. Susunan semula muzik memantapkan lagi lagu tersebut dengan lirik baru yang releven dengan jalan cerita drama bersiri itu.
"Proses penyuntingan drama sebanyak 13 episod itu telah selesai 98 peratus, baki sebanyak 2 peratus lagi adalah untuk memasukkan lagu montaj, lagu penutup dan muzik latar. Tiga jenis muzik instrumental adalah dalam bentuk Piano, Gitar dan Flute sebagai hiasan selingan muzik latar.
Insya-allah giliran drama ini akan muncul di kaca TV saluran RTM pada Febuari 2010. DEN bersama Jamil, Edward Seah, Malek Rahman dan Mat Congo.
DEN sewaktu rakaman di studio.
berita dari : New Sabah Times
Comments (6)
Joomla components by Compojoom
|





nak dgr lagu2 bajau tp ssh..
cm lagu dr kamis,rash n den..
kmi d prantauan bkn snang nk jmpa cd vrsi sabah nie.. pautan pn ndak ble dgr lagu.. ada wat promot jak..