| Skyline turut jadi sasaran 'lanun' |
|
|
|
|
Jamil menunjukkan stiker holiegram TULEN dan Stiker Sijil B FINAS di sampul cetak rompak, Jazz M.Y memegang VCD cetak rompak, manakala Edward menunjukkan sampul yang original
Pihak lanun cetak rompak semakin menjadi-jadi dalam menjalankan perniagaan haram mereka tanpa mengira produk-produk tempatan mahu pun dari luar negara.
Taktik yang diguna pakai oleh lanun-lanun cetak rompak kali ini sangat 'berani' dengan membuat salinan semula CD atau VCD produk tempatan yang sudah ada di pasaran lengkap dengan stiker TULEN holiegram KPDN&HEP serta stiker bulat sijil B dari FINAS.
Antara produk-produk tempatan yang telah dicetak rompak adalah produk terbitan syarikat Skyline yang begitu aktif menghasilkan album-album nyanyian dan lakonan artis-artis popular Sabah seperti Abu Bakar Ellah @ Ampal, Clarice John Matha, Den Bisa, Kamis Sainali (sekadar menyebut beberapa contoh).
Pemilik Skyline, Edward C.K Seah sangat kecewa dengan lanun-lanun cetak rompak yang mengambil jalan pintas membuat keuntungan hasil dari usaha orang lain.
Katanya, pihaknya perlu mengeluarkan kos bajet untuk sesuatu album ataupun telemovie.
"Kami perlu membayar upah pelakon, penyanyi, studio, pemusik, komposer, penyusun musik, pengarah MTV/ telemovie dan sebagainya... semuanya bukan percuma dan belum lagi termasuk kos-kos menghantar master tape ke kilang dan sampul untuk dicetak," katanya pada sidang media di Jazz Productions Studio di Millenium Centre Jalan Lintas Kepayan baru-baru ini.
SESSI soal jawab dengan media
Sementara itu, komposer Jamil Aziz, salah seorang pengurus produksi telemovie dan pengarah MTV untuk Skyline turut melahirkan rasa kecewa dengan para pembeli bahan cetak rompak kerana tindakan pengguna ini secara tidak langsung menyokong para lanun cetak rompak.
Katanya, sebagai peminat lagu, artis atau telemovie tempatan, pengguna seharusnya membeli yang 'Original' sebagai tanda setia dan jujur pada idola mereka.
Turut hadir, penyusun musik dan pemilik Studio Jazz Productions, Jasnie M. Yaakub yang mana hampir 90 peratus komposisi musik Skyline adalah sentuhan beliau.
Dalam pada itu, Jazz M.Y berkata, lagu-lagu dirakamkan dalam studio, bukan main tangkap muat.
Katanya, setiap individu yang terbabit dalam memproses sesuatu album seperti penyanyi, komposer, pemusik dan penerbit selalu bersengkang mata untuk memastikan hasil yang terbaik dengan mutu rakaman, musik, lontaran penyanyi dan sebagainya.
"Adalah tidak adil bagi kami yang berkerja keras untuk sesuatu dengan modal berbayar, kerja yang berjam-jam, berminggu-minggu, berbulan-bulan di buat tetapi dengan sewenang-wenangnya dicetak semula dengan hanya beberapa saat oleh lanun cetak rompak," jelasnya.
Sesuatu tindakan perlu dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Kementerian yang berkenaan terhadap lanun-lanun cetak rompak ini yang berani mengcopy label syarikat TULEN holiegram KPDN&HEP dan stiker bulat sijil B FINAS.
berita dari : Utusan Borneo(23 Nov 09) New Sabah Times (24 Nov 09)
Comments (4)
Joomla components by Compojoom
|





salecoach tote bagsactorcoach baby bagsaboutspring coach bagsabovecoach wallet saleacceptnew coach handbagsacrosscoach handbags onlinebasindiscount coach bagsbendcoach tote handbagscabcheap coach pursescownew ugg bootsYourugg sandalscompanysand ugg bootsisdiscount ugg bootsveryugg boot saleimpressiveugg mini bootsIugg boatsenvyugg classic cardyyouugg cardy bootsveryugg 5815muchugg 5819Everybodyugg 5825hasugg 5803blueugg classic tall boots on saledaysclassic tall fancy ugg bootsSorrydiscount classic ugg bootsthatugg classic miniprivateugg boatsThisgreen ugg bootsdoeslouis vuitton damier canvasnotlouis vuitton epi leatheranythingcheap louis vuitton handbagstolouis vuitton sandalsdoauthentic louis vuitton handbagswithbuy louis vuitton bagsMindauthentic louis vuitton bagowndiscount louis vuitton handbagsbusinessnew louis vuitton handbagswhylouis vuitton sac platwantlouis vuitton bags saleknowlouis vuitton handbags saletalklouis vuitton shoulder bagsaboutnew louis vuitton bagsconcernloui...