| Album MTV Karaoke Danier kini ada di Pasaran!!! |
|
|
|
|
Menanti-nanti, kini Album MTV Karaoke Danier sudah ada di pasaran! Sementara ini, nampaknya sunyi saja dalam bidang muzikal tempatan. Adakah kerana penjualan yang semakin merosot dan tiruan yang semakin berkembang? (sebab sayalah orang pekerja yang hantar barang ke kedai, tau sikitlah!) Walau bagaimanapun, di sini, ingin memperkenalkan seorang artis yang baru dari Skyline... Cheng...Cheng...Cheng..., iaitu Danier, atau name sebenarnya... , (dia malu sikit nak bagi sekarang, lain kali bah!)
Danier berasal dari Kg. Sabang Kuala Mengatah, K.K. Sebelum dia berpeluang menjadi seorang artis, perjalanannya bukan lanjar lagipun nampaknya susah juga. Dengan wawancara yang pendek dengan Danier, sinilah cerita tentang dia.Sejak kecil lagi, dia pun memang minat menyanyi, ingin satu hari nanti dapat menjadi seorang penyanyi tempatan. Tetapi orangtuanya bukan fikir macam tu. Mereka ingin Danier belajar baik-baik supaya dapat menjadi seorang yang profesional.(Biasanya orangtua pun fikir macam tu!).
Demi fikiran yang berbeza bagi dua pihak, macam mana Danier dapat meneruskan impiannya? Danier berterus-terang dengan kejadian yang konflik sekali semasa dia belajar di tingkatan tiga. Bapanya pernah memecahkan gitar dia sebab ponteng sekolah (ada konsert di rumah kawan?) dan kena lempar pemadam oleh cikgunya di dalam bilik kelas semasa dia ingat sendiri ada di pentas mah (sing a song!), he...he... sakit lah juga, kata Danier.
Selepas habis tingkatan, Danier dapat tawaran dari Institut Latihan Perindustrian, Labuan antara tahun 03/04. Disanalah dia bermula kehidupan yang baru dan mengikuti kursusnya. Kebetulan juga pada masa itu, apabila dia dapat peluang mengambil bahagian dalam Pertandingan Nyanyian Karaoke yang dianjurkan oleh Institut tersebut. Dan dia tak sangka kumpulan mereka boleh dapat johan dalam kategori berduet dan seterusnya, terkejut lagi apabila mendengar pengumuman dari penganjur mengatakan mereka dapat anugerah persembahan terbaik. Walaupun demikian, Danier masih tak berapa yakin dengan sendiri, tapi nasib baik dia dapat kawan-kawan yang sering menyokong dan memberi bantuan kepada dia.
Dengan peluang kali ini, Danier mahu berterima kasih kepada kawan-kawannya, Mr. Edward, Abg Jasnie, Ajis, Tiys, Chaeyticks dan keluarganya. Tanpa bantuan daripada kamu, Danier hari ini pun masih sama dengan yang dulu. Danier juga ingin mendorong kawan-kawan di luar sana : Jika anda ingin berjaya, percayalah pada diri anda, dimana ada kemahuan; disitu ada jalan.
Comments (6)
Joomla components by Compojoom
|




Hi, dah lama tak jumpa, skr ada dmana?